Translate

Friday, July 7, 2017

FAKTA POLITIK PERLU TEPAT


Salleh Said Keruak

1. Dalam berpolitik, faktanya perlu tepat.  Fakta tepat ini penting untuk imej negara, keyakinan pelabur kepada negara dan kestabilan politik negara.

2. Dalam berpolitik kita boleh berbeza pendapat, tetapi dalam soal menjaga negara, itu adalah tanggungjawab kita semua.

3. Sebab itu apabila kita mahu memberi komen tentang ekonomi negara, adalah salah jika kita mendakwa kedudukan ekonomi negara merudum dan bankrap.  Dakwaan ini jauh dari fakta yang betul.

4. Sekarang di bawah kepimpinan Najib Razak, fakta menunjukkan ekonomi negara semakin kukuh.  Trading Economics 2017 melaporkan GDP negara berkembang pada kadar 5.6% pada suku pertama tahun ini berbanding tahun 1998 (-7.36%), 2008 (3.32%) dan 2009 (-2.53%).

5. Dengan data sebegini, saya hairan apabila ada pihak yang melabelkan ekonomi negara merudum dan bankrap.

6. Fakta tepat ini perlu untuk menjaga imej negara dan pemimpin negara.  Kita boleh tidak bersetuju dengan pemimpin, tetapi mempotraitkan gambaran yang tidak betul tentang perbuatan baik pemimpin adalah moral politik yang salah.

7. Misalnya, PM kita dituduh boros dan merugikan wang rakyat kerana kerap ke luar negara.

8. Ini adalah fakta yang salah kerana PM kita ke luar negara untuk menarik pelaburan luar, bukannya melancong.  Misalnya, lawatan PM ke India menghasilkan nilai pelaburan sebanyak RM159 bilion. Lawatan PM ke China pula menarik masuk pelaburan China bernilai RM144 bilion.

9. Dengan hasil pelaburan langsung asing sebanyak ini, kita membangunkan Projek Pelabuhan Pulau Carey yang bernilai US$9.39 bilion, Robotic Future City di Johor Bahru seluas 404.6 hektar yang bernilai RM15 bilion dan lainnya.

10. Hasil dari pembinaan projek ini, rakyat mempunyai pekerjaan dan ekonomi negara bergerak maju.

11. Justeru, saya hairan apabila ada pihak menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara gagal.  Bagaimana gagal jika laporan World Competitiveness Yearbook 2017 mencatatkan Malaysia berada di kedudukan 24 daripada 63 negara paling berdaya saing di dunia berbanding negara-negara Asean lain seperti Thailand di tangga 27, Filipina (41) dan Indonesia (42).

12. Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja dan Brunei tidak termasuk dalam senarai 63 buah negara ini.

13. Politik dengan fakta yang tidak tepat ini perlu kita hentikan.  Ini kerana fakta palsu boleh memberi impak kepada pembangunan dan keselamatan negara.

No comments: