Translate

Friday, September 29, 2017

ONLY BN THE PARTY FOR ALL RACES


Salleh Said Keruak

KOTA BELUD, Sept 29 (Bernama) -- UMNO and Barisan Nasional (BN), is not just a party for one race, but for all races, said Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak today.

He said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak always stress that BN was the only party that has proven to be capable of caring for the welfare and bring prosperity to the people.

"That is why, since a long time, UMNO and BN continues to be supported by the people.

"(So) how could there be accusations (by the opposition) that UMNO was a racist party when UMNO, since independence, shares power with other races in BN?

"If there is power-sharing and successfully established political stability and economic harmony in the country, where is racism in that? This is what I do not understand with the opposition's accusations," he told Bernama after meeting with communication application Whatsapp users at Restoran R and R here.

Salleh said this when clarifying accusations by certain quarters that UMNO was a racist party that denies the rights of the Indian community and communties of other races.

He regretted with the accusations, including by the opposition, who misinterpreted Najib's statement "although my father and grandparents are not from Kerala, I'm named the father of development for the Indian community" when speaking at the launch of the 71st MIC General Assembly on Sept 24 that they claimed the Prime Minister's statement was just a political gimmick.

"If PM Najib was named the father of development for the Indian community, it is apt. For example, to take care of the welfare of the Indian community, the government had set up a cabinet committee on Indian affairs.

"The government even set up a special secretariat to empower Indian entrepreneurs, solve the Indian community's problem relating to citizenship as well as care for the needs of Tamil langguage-stream schools," he said.
-- BERNAMA

HANYA BN PARTI UNTUK SEMUA KAUM


Salleh Said Keruak

KOTA BELUD, 29 Sept (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan hanya parti untuk satu kaum, tetapi untuk semua kaum, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sering menekankan UMNO dan BN adalah satu-satunya parti yang terbukti mampu menjaga kebajikan dan mensejahterakan rakyat.

"Oleh sebab itulah, sejak dahulu, UMNO dan BN terus disokong rakyat.

"(Jadi) bagaimana (pembangkang) boleh mendakwa UMNO parti rasis sedangkan UMNO sejak merdeka lagi berkongsi kuasa dengan kaum lain dalam BN?

"Jika sudah sedia berkongsi kuasa dan berjaya mencipta kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara, di mana rasisnya?  Inilah yang saya tidak faham dengan dakwaan pembangkang.," katanya kepada Bernama selepas bertemu dengan pengguna aplikasi perhubungan WhatsApp di Restoran R and R di sini.

Salleh berkata demikian bagi mengulas pihak tertentu yang mendakwa UMNO sebuah parti bersifat perkauman yang kononnya menafikan hak kaum India dan hak-hak kaum lain.

Beliau kesal dengan pihak tertentu, termasuk pembangkang yang salah tafsir dengan kenyataan Najib iaitu “walaupun bapa dan datuk saya bukan dari Kerala, saya digelar Bapa Pembangunan kaum India" ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung MIC pada 24 Sept lepas sehingga mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu sekadar gimik politik.

"Jika PM Najib digelar sebagai Bapa Pembangunan Kaum India, itu memang wajar pun. Misalnya, untuk menjaga kebajikan masyarakat India, kerajaan menubuhkan jawatankuasa kabinet mengenai hal ehwal orang India.

"Kerajaan juga telah mewujudkan sekretariat khas untuk memperkasakan usahawan India, menyelesaikan masalah masyarakat India berkaitan kewarganegaraan dan juga menjaga keperluan sekolah aliran Bahasa Tamil," katanya.
-- BERNAMA

Wednesday, September 27, 2017

WAJARKAH KITA MENCARUT HANYA KERANA PERBEZAAN POLITIK?


Salleh Said Keruak

1. Saya sedih apabila pemimpin pembangkang mencaci penyokong UMNO dan BN dengan bahasa yang tidak sewajarnya.  Misalnya, Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama UMNO dan BN sebagai berfahaman celaka, Mahathir mengeluarkan fatwa berdosa mengundi PAS dan BN, dan Muhyiddin pula menggelarkan orang UMNO dan BN sebagai kaum jahiliah.

2. Kenapa sampai begitu?  Kenapa perlu kita berkata sedemikian kepada saudara seagama hanya kerana perbezaan dan persaingan politik? Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut.  Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.  Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun.

3. Saya merasakan 3M di atas berkata sedemikian kerana hendak menggembirakan parti dalam pakatannya, DAP. Mereka percaya DAP boleh membawa mereka ke Putrajaya.

4. Yakinlah, andaian sedemikian salah. Jalan untuk ke Putrajaya tidak sesuai dengan strategi kempen sebegitu.  Rakyat muak dengan politik kebencian sebegini.  Yang rakyat dambakan ialah politik matang, politik menggunakan isu dan strategi kempen yang beradab, politik yang menyentuh keperluan rakyat dan perjuangan untuk rakyat.

Tuesday, September 26, 2017

What DAP says goes


Salleh Said Keruak

In 1990, it was DAP that decided to enter into an opposition alliance with Semangat 46 but not with PAS. In 1999, it was again DAP that decided to enter into an opposition alliance with PAS but in 2001 DAP divorced from the alliance and went solo. Then came the 2008 general election when DAP once again announced the formation of Pakatan Rakyat and after the 2013 general election announced Pakatan Rakyat no longer exists.

Even though they are supposed to work on the basis of consensus, all the decisions and announcements were made by Kit Siang and not by any of the other coalition leaders. Since 1990 until now Kit Siang has demonstrated that DAP calls the shots and they decide what happens even though they claim everyone in the opposition coalition are equal partners. However, Kit Siang’s actions over the last 30 years or so have shown that only what DAP wants matters and if anyone does not follow what DAP wants they will get kicked out.

Kit Siang’s past actions shows that DAP is the de facto leader of the opposition. With the majority seats that DAP has compared to all the others, DAP dictates what happens. The so-called partnership with PPBM is merely to give Pakatan a Malay face to present to the Malay voters. Tun Dr Mahathir Mohamad is merely a front to win Malay votes and is being presented as the so-called leader of the opposition but who has no power to decide what happens even on matters such as seats. DAP has always called the shots and decides what happens.

Friday, September 22, 2017

When Malaysians need to live as one


Salleh Said Keruak

The first day of Muharram or Maal Hijrah is the beginning of the new year in the Muslim calendar. The Muslim new year is calculated from the day Prophet Muhammad migrated from Mekah to Medina in the year 622. This episode in Islamic history is so significant that it marks the beginning of the Muslim calendar.

Maal Hijrah is not just about celebrating a new year but about celebrating the meaning behind the migration. Muslims believe this migration happened due to a commandment from God or Allah for Prophet Muhammad to seek freedom of choice and freedom from oppression. In other words the Hijrah is symbolic of civil liberties and human rights.

Back in 622, when Europe was still in the Dark Ages, the Muslim world fought for freedom, civil rights, and an end to oppression and persecution. Muslims, Jews and Christians co-existed in one community and respected one another’s right to their own belief. That eventually led to what historians call the Golden Age of Islam.

Unfortunately all that was eventually destroyed due to corruption and disunity. Civil wars broke out and that weakened the umma and led to the collapse of the Islamic Empire. Malaysians need to learn from history and avoid that same fate. Malaysia is fragile because of our many ethnicities and opportunists will exploit that to divide us.

Tuesday, September 19, 2017

PENTINGNYA MEMILIH PARTI YANG KUKUH


Salleh Said Keruak

1. Lees-Marshment dalam bukunya The Political Marketing Game (2011) menyatakan untuk menang dalam pilihan raya, sesebuah parti mesti mempunyai strategi pemasaran politik yang baik.  Satu daripada strategi tersebut ialah  berasaskan kepada pasaran (market oriented party), iaitu parti hendaklah mempunyai satu produk besar yang boleh dipasarkan kepada rakyat.

2. Jika dalam konteks Malaysia, apakah produk tersebut? Tentunya produk itu ialah imej parti, sumbangan parti dan perpaduan parti.  Dalam hal ini, hanya UMNO dan BN mempunyai rekod ini.

3. Lihat sahaja perkembangan yang berlaku dalam PPBM.  Mereka gagal menyatukan ahli mereka untuk kekal bersama parti.  Dua hari lepas bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali ke pangkuan Umno.  Sebelum itu, bekas Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Hasnita Hishamudin, bekas Setiausaha PPBM Kamarul Azman Habibur Rahman, Naib Presidennya Datuk Hamidah Osman dan Ketua Srikandi yang juga antara pengasas PPBM, Ainina Saidin keluar parti.

4. Mereka keluar parti atas alasan berikut: (i) merasakan perjuangan pembangkang adalah sia-sia; (ii) bimbang melihat perpecahan orang Melayu, (iii) parti itu tidak pernah berjuang untuk kepentingan ahli dan rakyat kerana lebih mengutamakan kepentingan peribadi serta kroni, dan (iv) parti itu telah menjadi alat DAP.

5. Contoh di atas menunjukkan parti pembangkang umpama dahan yang rapuh dan tidak mampu menjadi penyelamat kepada rakyat.  Pertanyaannya, bolehkah kita percaya kepada parti sebegini untuk memerintah negara kita?

6. Bill Clinton dalam bukunya Back to Work: Why We Need Smart Government for a Strong Economy (2011) menyatakan kita perlukan kerajaan yang bijak untuk ekonomi yang kuat.  Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang kukuh, bersatu, menjaga kebajikan rakyat, dan yang tidak berpecah belah. Hingga setakat ini, yang ada di Malaysia hanyalah UMNO dan BN.

Sunday, September 17, 2017

Even a meeting between leaders becomes an issue for the opposition


Salleh Said Keruak

Everything that Prime Minister Najib Tun Razak does is turned into an issue by the other opposition leaders. If Najib does not meet foreign leaders such as the President of the United States, Tun Dr Mahathir Mohamad says it is because Najib is scared of travelling to other countries in case he gets arrested. Then, when Najib does travel to the US to meet President Donald Trump, they say the Prime Minister paid lobbyists to arrange the meeting.

The problem is whatever Najib does or does not do is still used to criticise him. Nothing that Najib does can satisfy Mahathir and Pakatan Harapan because they criticise for the sake of criticising and not for the good of the country. They want to give the impression that nothing Najib does is right and only Mahathir and Pakatan Harapan are right.

The problem is Mahathir is using his own standards and actions to judge Najib. Just because Mahathir paid lobbyists millions for his meeting with President Bush does not mean Najib must have done the same. Mahathir could not have met Bush unless he paid for the meeting so the opposition thinks Najib, too, would not be able to meet Trump unless he also paid for the meeting. They cannot accept the fact that Mahathir needed to pay to meet Bush while Najib did not have to do that to meet Trump. That is what hurts Pakatan Harapan the most.

Saturday, September 16, 2017

Hari Malaysia: KITA MAJU DAN MAKMUR BERSAMA


Salleh Said Keruak

1. Hari ini kita menyambut penubuhan Malaysia. Tarikh ini kita sambut kerana inilah tarikh keramat yang menjadikan kita sebuah negara bangsa.  Tarikh inilah Sabah, Sarawak dan Singapura bersama dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.

2. Setelah Singapura berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965, negara kita pesat membangun dan politik kita semakin stabil.  Rakyatnya pula semakin bersatu menyebabkan kita juga menyambut 16 September ini sebagai hari penyatuan.  Ini kerana pada hari inilah semua kaum dan etnik di Malaysia bersatu menyambutnya sebagai hari penubuhan negara kita.

3. Sebagai rakyat, tentunya kita bangga dengan apa yang telah negara kita capai.  Dari segi ekonomi, kita perkenalkan DEB dan sekarang ini MEB dengan pelbagai pelan transformasi kerajaan.  Dari segi pembangunan, kita ada pelbagai kemudahan prasarana dari Lebuh Raya Pan Borneo sehingga ke MRT.  Dalam bidang sukan, kita ada pelbagai nama seperti Pandelela Rinong, Lim Chong Wei dan lainnya.

4. Dalam bidang politik, kita berupaya mengekalkan kestabilan dan keselamatan politik serta kedaulatan negara kita.  Kita juga bukan lagi pemain politik lokal atau regional. Politik kita telah melangkah ke dunia global.  Baharu sahaja pemimpin kita pulang dari Amerika dan London kerana bertemu Trumph dan Teresa May untuk membincangkan soal pembangunan ekonomi dan keselamatan dunia.  Begitulah negara kita setelah 54 tahun penubuhan Malaysia dan 60 tahun merdeka.

5. Apakah faktor utama pencapaian kita ini?  Semuanya kerana kita mempunyai pemimpin hebat, politik federalisme yang sihat, dan hubungan rakyat yang rapat walaupun kita dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dan etnik yang pelbagai.  Rapatkan lagi barisan kita sebagai sebuah negara bangsa, dan kita akan menjadi negara yang lebih cemerlang ke depan.

6. Hari ini, kita sudah menjadi bangsa Malaysia yang hebat kerana sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia.  Tahniah Malaysia.

Thursday, September 14, 2017

LAWATAN PM KE AMERIKA BUKTI MALAYSIA AKTOR POLITIK GLOBAL 


Salleh Said Keruak

1. Lawatan PM bersama delegasi ke Amerika atas jemputan Presiden Trumph pada 11 hingga 13 September mempunyai tiga makna besar kepada negara kita.

2. Pertama, ia membuktikan AS mengiktiraf peranan negara kita sebagai rakan strategik utamanya di rantau Asia.  Kedua, ia menunjukkan Amerika mengiktiraf negara kita sebagai pemain global dalam politik dunia.  Ketiga, ia penting untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.  Yang diraikan dalam hubungan ini ialah sikap saling membantu demi kepentingan bersama.

3. Apa yang boleh kita bantu Amerika?  Dengan optimis, pada pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Trump, PM menyatakan “kami datang ke sini dengan membawa [tiga] cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.  Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS."

4. Bagaimanakah bentuk bantuan itu?  Pertama, komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.  Kedua, berhasrat membuat pelaburan tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana Amerika selepas telahpun melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di negara itu.  Ketiga, berhasrat meningkatkan pelaburan Malaysia di Silicon Valley yang sekarang ini kita telahpun melabur sebanyak AS$400 juta di situ.

5. Hebat keazaman PM kita, membawa tiga cadangan ke Amerika kerana kita mahu meningkatkan lagi Amerika sebagai rakan dagang kita.  Sekarang ini Amerika adalah rakan dagang kedua terbesar selepas Jepun.

6. Lihat data ini.  Bagi tempoh Januari hingga Mei 2016 hingga Mei 2017, jumlah dagangan negara kita dengan Amerika meningkat 23.3 peratus daripada RM55.3 bilion (US$13.5 bilion) pada tahun 2016 kepada RM68.2 bilion (US$15.4 bilion) pada tahun 2017.  Dengan lawatan ini, kita berazam untuk meningkatkannya lagi ke satu jumlah dagangan yang lebih besar.

7. Bila PM katakan akan membeli 25 pesawat Boeing 737, ramai terkejut.  Untuk apa? Mampukah? Untungkah?  Pakar ekonomi menyatakan tidak ada masalah.  Prof. Yeah Kim Leng dari Sunway University Business School menyatakan “the plan to buy Boeing planes was a good move.”  Penganalisis ekonomi bebas Hoo Ke Ping juga sependapat. Katanya MAS sekarang ini sebenarnya merekodkan “financial growth for this year.”  CEO MAS, Peter Bellew sendiri pada minggu lepas menyatakan hasil penumpang MAS pada suku kedua tahun ini meningkat sebanyak 8%.

8. Jika begitu datanya, bagaimana boleh kita katakan Malaysia negara gagal?  Jika negara gagal, kita tentunya tidak ada upaya untuk membantu Amerika.  Justeru, hentilah dakyah dan propaganda yang boleh merugikan negara dengan menyatakan kita sebuah negara "kleptokrasi" dan " a failed state."  Sampailah masanya kita bersikap optimis, memandang usaha PM untuk memperkembangkan pelaburan negara di Amerika sebagai sesuatu yang positif untuk negara.

9. Menilai semula gaya PM berucap dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara, ia mempotretkan kepada kita satu perkara: keyakinan PM dalam tindakannya untuk membawa negara kita ke depan menjadikan kita bangga.  Amerika sendiri sudah pun mengiktiraf kita sebagai pemain politik global yang penting dalam menyumbang kepada keamanan sejagat.  Tahniah!

Tuesday, September 12, 2017

MALAYSIA PENGGUNA WHATSAPP TERBANYAK DUNIA


Salleh Said Keruak

1. Laporan The Digital News Report 2017 mendapati 51% pengguna internet di Malaysia menggunakan WhatsApp untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.  Mengikut laporan itu lagi, media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook (58%), YouTube (26%), WeChat (13%) and Instagram (13%).

2. Laporan itu juga menyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak (86%), bercetak (45%), TV (54%) dan radio (15%).  Peranti utama yang digunakan adalah smartphones (65%), komputer (45%), and tablets (18%).

3. Sebabnya mudah: Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan Internet yang baik.

4. Kajian lain yang dibuat oleh TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak yang menggunakan WhatsApp dengan 77%, dikuti oleh Facebook Messenger dengan 41%.

5. Pengguna kita kerap menggunakan WhatsApp kerana banyak kelebihannya.  Pertama, mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat.  Kedua, perantaraan berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos.  Ketiga, untuk peniaga, memudahkan mereka memperluaskan perniagaan masing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi.

6. Dalam politik, WhatsApp adalah alat kempen politik yang berkesan dan meluas.  Bayangkan satu kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli.  Jika seseorang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang singkat beliau sudah boleh berkongsi maklumat dengan 2000 orang.

7. Walaupun ada baiknya, WhatsApp juga mempunyai keburukan. Keburukan yang paling ketara ialah Whatsapp boleh menjatuhkan maruah seseorang jika digunakan untuk menyebarkan makumat yang salah.  WhatsApp juga bahaya jika terdapat ahli kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan (print screen) sehingga menjadi tular.

8. Saya mendokong kebebasan maklumat, tetapi janganlah menggunakan WhatsApp untuk menjatuhkan kreadibiliti pihak lain dengan berita yang tidak tepat.  Ini kerana WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Kuasanya seperti pisau tajam yang boleh mencederakan.

9. Nasihat saya, gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakkan diri dari menabur fitnah.  Bila semuanya teratur baik, kita tentunya bangga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi pengguna Whatsapp terbanyak dunia.

Sunday, September 10, 2017

BN bukan terbaik tetapi konsisten, kata Salleh Said Keruak

BARISAN Nasional (BN) mungkin bukan pilihan yang terbaik dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi prestasinya sejak sekian lama dan konsisten dalam mentadbir negara patut jadi alasan yang baik untuk gabungan 13 komponen itu meraih sokongan pengundi, kata seorang menteri persekutuan.
Salleh Said Keruak, pemimpin kanan Umno dan juga orang penting dalam gabungan BN berkata, ia adalah pilihan yang lebih baik untuk memerintah negara kerana dasarnya yang mempunyai hala tuju yang jelas.
"Kita tidak kata kita yang terbaik tetapi kita saja alternatif yang tinggal. BN adalah sebuah parti yang terbukti kemampuannya untuk menyatupadukan rakyat dan membangunkan negara.
“Dasar-dasarnya amat jelas dan selari dengan kehendak rakyat. BN mengutamakan kestabilan politik negara demi masa depan yang lebih cerah.
“Parti-parti yang bersaing dengan BN hanya sibuk berpolitik dan bermatlamat politik semata-mata,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insight, pada Khamis.
Menurut Salleh, BN “bergantung pada track record kita dan apa yang akan "kita lakukan pada masa hadapan".
“Inilah yang kita mahu tawarkan kepada rakyat bahawa kita sebuah parti yang bertanggungjawab yang akan menentukan kestabilan, keharmonian dan memilih jalan sederhana untuk membangunkan negara. Kita memilih politik kesederhanaan,” kata pemimpin dari Sabah ini.
BN merupakan parti gabungan paling lama memerintah di dunia, mentadbir Malaysia sejak Malaya merdeka pada tahun 1957 dengan nama Perikatan sebelum ini.
Salleh mengakui perpecahan Pakatan Rakyat dan apabila PAS tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) menguntungkan mereka tetapi yakin, tanpa itu semua BN tetap akan menang.
“Mungkin ada (kelebihan) tetapi kita tidak bergantung kepada perpecahan dalam soal pilihan raya. Kita menghadapi sebagai satu pasukan BN. Kita kena bersaing secara sihat,” katanya.
Salleh berkata, sokongan pengundi Melayu hanya akan pergi kepada sama ada Umno atau PAS walaupun ada parti berasaskan orang Melayu seperti Bersatu atau Amanah.
“Ada pelbagai parti yang menawarkan diri tetapi saya yakin mereka masih bersama Umno dan penyokong PAS masih bersama PAS.
“Pada saya di Malaysia hanya ada tiga parti utama, Umno, PAS dan DAP. Dan sekarang masing-masing dengan tiga kumpulan berbeza.”
Berikut petikan wawancara berkenaan:
TMI: Adakah BN terkesan dengan kehadiran Bersatu? Apa potensi BN menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kekal di Putrajaya selepas kehadiran Bersatu?
Salleh: Saya tidak nampak masalah BN untuk mendapat kemenangan PRU kerana pada saya kita telah berjaya memberikan penjelasan dalam isu-isu berbangkit oleh pihak lawan, dan kita akan teruskan usaha untuk melaksanakan dasar-dasar dan terus mendekati semua lapisan rakyat.
Menjelang PRU memanglah macam-macam isu akan dibangkitkan. Masing-masing ingin menarik minat pengundi untuk bersama mereka dan ia tidak salah dalam sistem demokrasi kita. Tetapi kita harus percaya rakyat sudah matang dan boleh menilai mana parti sepatutnya dipilih menjadi pemerintah.
Pembangkang pun tidak boleh menentukan siapa perdana menteri mereka, tidak boleh susun sendiri struktur parti mereka, jadi bagaimana hendak memberi kepercayaan kepada mereka.
Kita akan jelaskan kepada rakyat tentang isu-isu yang dibangkitkan. Kita yakin majoriti rakyat akan bersama kita.
TMI: Penganalisis dan kajian banyak menjangkakan BN menang jika berlaku pertembungan tiga penjuru. Apa komen?
Salleh: Itu kajian mereka tetapi kita bersiap sedia, sama ada dua atau tiga penjuru, itu bukan menjadi pertimbangan pokok kita dalam pilihan raya ini. Kita akan bergantung pada "track record" kita dan apa yang akan kita lakukan pada masa hadapan.
Itu yang kita ingin tawarkan kepada rakyat bahawa kita adalah parti yang bertanggungjawab yang akan menentukan kestabilan, keharmonian  dan memilih jalan tengah untuk membangunkan negara kita
TMI: Yakin BN akan dapat dua pertiga majoriti pada PRU14?
Salleh: Memang kita berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin kerusi yang boleh dan tiada benda yang mustahil. Akhirnya, rakyat yang menentukan. Kita berusaha ke arah itu (menang dua pertiga).
TMI: Dr Mahathir Mohamad mendakwa Najib Razak akan lakukan apa saja untuk kekal menang termasuk isytihar darurat. Apa komen datuk?
Salleh: Itu hanya andaian, tidak ada apa-apa. Dulu zaman dia ada ISA, sekarang tiada ISA. Dia bebas bercakap sesuka hati dia.
Deposit tetap
TMI: Dr Mahathir kata Sabah bukan lagi deposit tetap BN. Beliau yakin PH akan menang separuh daripada kerusi Parlimen Sabah.  Beliau juga mahu bekerjasama sama dengan parti tempatan Sabah.
Salleh: Biarlah Dr Mahathir dengan andaian dia. Ia tidak akan berlaku. Insya-Allah BN masih menang besar di Sabah kerana umumnya rakyat puas hati dengan pencapaian BN, kerana kita mengamalkan politik pembangunan. Itu hanya andaian Tun Mahathir.
Dulu Umno dia yang bawa ke Sabah. Dia tidak kata apa pun. Dia yang kembangkan (Umno) pada ketika itu. Tun Mahathir tidak cerita pun sekarang. Dia tidak konsisten.
Kerjasama dengan parti tempatan di Sabah dengan (Parti Warisan) Shafie Afdal, barangkali. Saya hairan Tun bercerita mengenai parti tempatan. Ketika dulu dia bawa Umno ke Sabah tidak berbangkit pun soal itu. Soalnya bukan tempatan atau nasional. Yang penting ialah parti berupaya untuk membawa pembangunan di Sabah dan menyatupadukan masyarakat.
TMI: Adakah parti tempatan di Sabah satu ancaman?
Salleh: Biasalah pilihan raya, kita ada persaingan politik. Masing-masing akan mencari pengaruh dan terpulang pada rakyat Sabah. Saya percaya mereka akan bersama kita.
TMI: Apabila Anwar Ibrahim dipecat, BN hilang 2/3 majoriti. Apabila Dr Mahathir tubuh parti, adakah BN akan tumbang?
Salleh: Kita mengamalkan sistem parti. Kita pentingkan parti, bukan individu, kerana parti yang berupaya bentuk kerajaan. Kalau lihat sejarah Umno dan BN sejak dahulu lagi, pelbagai pergolakan berlaku tetapi rakyat masih lagi bersama Umno.
Kita kena pastikan ada persaingan sihat. Kita tidak boleh terlalu emosional. Adalah hak masing-masing untuk mempertahankan dasarnya. Akhirnya rakyat akan membuat penilaian dan rekod BN terbuka untuk rakyat nilai.
TMI: Kenapa kata DAP dominan sedangkan dalam struktur PH tidak banyak jawatan dipegang oleh DAP?
Salleh: Dalam parti pembangkang dia yang dominan. Dominan dari segi jumlah kerusi. Umno paling banyak dalam BN, dan dalam PH, itu DAP. Tapi pelik bukan, struktur (PH) tidak banyak DAP?
PRU14: Orang Melayu dan anak muda
TMI: Bagaimana pengaruh Bersatu terhadap orang Melayu?
Salleh: Memang sekarang ini ada banyak usaha untuk pecahkan Melayu. Dulu pun banyak tetapi umumnya Melayu masih dalam Umno dan PAS. Berdasarkan rekod pilihan raya, Melayu (memilih) sama ada Umno atau PAS. (Pengaruh Bersatu) Masih belum terbukti lagi. Sekarang platform yang digunakan Bersatu ialah DAP.
TMI: Adakah penyokong Umno dan PAS perlu bersatu untuk undi Melayu?
Salleh: Undi adalah sulit dan terserah kepada pengundi untuk membuat pilihan. Kita boleh meyakinkan atau merayu para pengundi untuk memilih calon parti masing-masing dan akhirnya kuasa itu di tangan mereka.
TMI: Ada dakwaan pengundi terutamanya anak muda mahu boikot PRU kerana merasakan mereka tiada pilihan. Apa komen?
Salleh: Kita minta pengundi dan anak muda keluar beramai-ramai. Ini tanggung jawab mereka, hak mereka. Mereka mesti bertanggungjawab menentukan kepimpinan negara. Jangan sedemikian (boikot). Kita pun sentiasa engage anak muda.
TMI: Bagaimana mendekati anak muda?
Salleh: Apa kehendak anak muda? Yang penting kita kena tentukan satu peluang pekerjaan untuk anak muda. Kedua, peluang ekonomi dan kita jelaskan apa yang kita lakukan sekarang adalah untuk membuka pekerjaan dan ekonomi.
Apabila kita lihat pertumbuhan ekonomi, apabila banyak pelaburan datang ke Malaysia, ini jana peluang pekerjaan. Kepada anak muda, kita yakinkan parti ini (BN) bertanggungjawab melakukan sedemikian. Parti lawan asyik berpolitik dan dasar tidak jelas. – 10 September, 2017.

BN may not be the best, but we’re consistent, says Salleh

   From The Malaysian Insight interview


BARISAN Nasional may not be the best at governing, but its long track record and consistency in running the country should be reason enough for the 13-member coalition to win the support of voters in the next election, a federal minister said.
Salleh Said Keruak, a senior leader from Umno, the lynchpin of the BN coalition, said the reason why BN would continue being the better option for governing the country was because of its policies, which had a clear direction.
“I’m not saying we are the best, but we are the only alternative left. BN is a coalition that has proven its ability to unite the people and develop the country.
“The policies are clear and in line with the demand of the people. BN prioritises the country’s political stability for a brighter future.
"Other parties that are competing with BN are busy politicking and only focus on their political goals,” the communications and multimedia minister said in an interview with The Malaysian Insight.
Salleh said BN was “relying on our track record and our future plans”.
“That is what we want to offer the people, that we are a responsible party that will help determine the stability, harmony and choose the middle path to develop our country. We go for politics of moderation,” the Sabahan said.
BN is one of the world’s longest-ruling coalitions, having ruled Malaysia since independence in 1957.
Salleh acknowledged that a split in the opposition, in the form of Islamist party PAS and Pakatan Harapan not cooperating with each other, would benefit the government, but BN was confident of winning, regardless.
“Maybe, but we are going into the election as a team. We don’t depend on a split in the opposition. We want healthy competition."
Salleh said that Malay support would mostly go to either Umno or PAS despite the emergence of new Malay-based parties like Bersatu and Amanah.
“There are many parties catering to Malays, but I’m confident that they are still with Umno and PAS supporters still with PAS.”
Below are excerpts from the interview:
Question: How does Bersatu’s presence in Malaysian politics affect BN? How will BN fare in the 14th General Election with Bersatu in the picture?
Salleh: I don’t see any problems for BN to win the next general election because, for me, we have succeeded in explaining the issues raised by the opposition. And we will continue with our efforts to implement our policies, and approach people from all walks of life.
And it is normal that various issues are raised when the general election is near. Every party will try to attract voters to be with them, and it is not wrong in our democratic system. But we have to believe that the people are matured and can evaluate which party should be chosen to rule.
The opposition can’t even decide who is their prime ministerial candidate. They cannot even properly structure their parties. We will continue explaining to the people about the issues raised and we are confident that a majority of the people are with us.
Q: Political analysts and surveys are predicting that BN will win if three-cornered fights happen between BN, PH and PAS.
Salleh: Those are only their studies, but we are preparing ourselves, regardless if there are straight fights or three-cornered fights. That (multi-cornered fights) is not our main consideration in the coming election. We are relying on our track record and future plans.
Q: Are you confident that BN can gain back a two-thirds majority in GE14?
Salleh: We are working towards winning as many seats as we can, and nothing is impossible. The people will decide. We are working on that.
Q: Dr Mahathir Mohamad claimed that Prime Minister Najib Razak will do anything to ensure he wins including declaring an emergency. Your thoughts on this?
Salleh: That’s just an assumption. During his days, there was the Internal Security Act (ISA). Now, we no longer have ISA. He is free to speak as he pleases.
Q: Dr Mahathir also claimed that Sabah is no longer a fixed-deposit for BN. He is also confident of winning half of the parliamentary seats in Sabah. He also wants to forge cooperation with Sabah-based political parties to reduce the domination of peninsular parties.
Salleh: That's Dr Mahathir with his presumptions. It will not happen. God willing, BN will still win big in Sabah because generally the people of Sabah are satisfied with BN’s achievements. We practise “development politics”.
He (Dr Mahathir) was the one who brought Umno to Sabah and he didn’t say anything at that time. He was the one who spread (Umno). Now he doesn’t say that. He is not consistent.
The cooperation with local parties is most probably with Shafie Apdal (former Umno vice-president who formed Warisan). I’m puzzled with his statement about local-based parties as it was him who brought Umno to Sabah and it wasn’t an issue (at that time). The issue is not local or national parties. What’s important is the party’s ability to bring development to Sabah and unite the people.
Q: Are Sabah-based parties a threat to BN?
Salleh: It’s normal to have competition in politics. Everyone is trying to gain influence and it’s up to the Sabahans. Generally, I believe they are still with us.
Q: When Dr Mahathir verbally attacked Abdullah Badawi in the run-up to the 2008 election, BN lost its two-thirds majority. Now, Dr Mahathir has formed a new party, will this be the downfall of BN?
Salleh: For me, we practise a political-party system, we prioritise party and not individuals because it is the party that is able to form governments. And if we look at the history of Umno or BN, there were many turbulent times, but the people are still with Umno.
We have to ensure there is a healthy competition. We cannot be too emotional and it is everyone’s right to defend their policies. At the end, the people will make the evaluation and BN’s record is open to the public to be judged.
Q: What makes you say DAP is the dominant party in the opposition when they don’t even have many representatives in PH’s presidential council line-up?
Salleh: They are the dominant party, due to the number of seats (it has). Like Umno in BN, and in PH, it’s DAP. But it’s strange, right, that DAP doesn’t have many representatives in the PH structure?
Q: About the split in the Malay community. How strong is Bersatu's influence on Malays?
Salleh: Yes, there are many efforts to split the Malays. It was a lot back then, but generally, Malays are still with Umno and PAS. And based on election records, Malays are either with Umno or PAS. (Bersatu’s influence) is still not proven. The platform Bersatu uses now is DAP.
Q: Do Umno and PAS supporters need to unite for Malay votes?
Salleh: Voter’s choice is a secret and it’s up to the voters to decide. We can convince them or persuade them to choose the respective party’s candidates but at the end, the power is in their hands.
Q: There is talk that voters, especially young voters, want to boycott the general election because they don’t have much option. Your view on this?
Salleh: We ask the voters, especially young voters to come out in numbers. This is their responsibility, their right. They are responsible in determining the country’s leadership. Don’t boycott. Our party is always engaged with young people.
Q: How do you engage with young people?
Salleh: What do the young people want? What’s important is to provide jobs for young people. Second, is to provide economic opportunity and explain to them what we are doing now is to provide these two, employment and economic opportunities.
When there is economic growth, there will be investments coming to Malaysia that will generate employment. And we convince them that this party is responsible for doing so. The opposition is caught up in too much politics and unclear policies. – September 10, 2017.

Thursday, September 7, 2017

Mahathir is merely a means to split the Malays


SALLEH SAID KERUAK

In the latest episode of Insight Talk, Tun Dr Mahathir Mohamad and Lim Kit Siang conduct a joint-interview with Jahabar Sadiq. Although they are both very evasive and refuse to call a spade a spade, the message is very clear. Kit Siang tries to deflect the fact that his main objective is to defeat Umno  by saying that if Umno is defeated it will be good for the Malays as well as Umno. In other words, defeating Umno would be doing Umno and the Malays a favour.

They then talk about the voters from the Malay heartland and how they need to erode Umno’s influence in those areas if they want to defeat Umno. For that to happen the Malays need to be divided because a united Malay community would be to the advantage of Umno. It is clear from what they say that Mahathir’s job is to divide the Malays so that the DAP-led Pakatan can come to power.

The fact that Kit Siang no longer regards Mahathir as the ‘father of racism’ or ‘public enemy number one’ shows that DAP’s stand on Mahathir has changed from negative to positive. Kit Siang no longer wants to talk about Mahathir’s past when he was Prime Minister or ask that Mahathir be brought to book to account for what he did, like how Kit Siang used to talk in the past. Using Mahathir to split the Malay voters is more important is the new political philosophy of Kit Siang.

Wednesday, September 6, 2017

BAGAIMANA PAS TANPA PAKATAN HARAPAN?


Salleh Said Keruak

1. Pada tahun 1978, Cornell University Press menerbitkan buku terkenal tulisan Clive Kessler tentang politik dan masyarakat Kelantan bertajuk Islam and Politics in a Malay State: Kelantan, 1838-1969.

2. Dua tahun kemudian, Heinemann pula menerbitkan buku terkenal tulisan John Funston tentang UMNO dan PAS bertajuk Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO and PAS.

3. Persamaan menarik kedua-dua buku ini ialah pengarangnya menyatakan PAS adalah parti yang akan terus kekal dalam persada politik negara kerana perjuangan agamanya.  Rakyat menyokong PAS bukan hanya kerana melihat PAS sebagai parti politik, tetapi juga sebagai perjuangan untuk menegakkan agama.  Maka, selagi mana ada pemahaman sebegini dalam hati orang PAS, sukar untuk PAS dilenyapkan.

4. Malah Kessler pergi lebih jauh lagi dengan menyatakan politik PAS akan kekal kerana ahlinya berpolitik dengan akal, manakala yang menolaknya adalah mereka yang berpolitik dengan nafsu.

5. Oleh sebab itulah, walaupun parti PAS ada jatuh bangunnya, ahli PAS tetap setia dengan partinya dan jentera akar umbinya juga tetap kuat.

6. Jika melihat kepada rekod PAS, kenyataan di atas ada betulnya.  PAS tidak lemah kerana krisis partinya.  Bagi ahli PAS, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi tidak perjuangannya.  Inilah yang ditunjukkan oleh rekod PAS.

7. Pada tahun 1977, berlaku perpecahan dalam PAS apabila Berjasa ditubuhkan.  Pada Oktober 1982, Yang Dipertua Agung PAS, Mohd Asri Muda meletakkan jawatannya setelah berlaku pertelingkahannya dengan golongan muda dalam PAS.  PAS tidak lemah dengan peletakan jawatan Asri walaupun ketika itu pemerhati politik mengaitkan “Asri itu PAS dan PAS itu Asri.”  Ini menunjukkan PAS tidak berkubur kerana berlaku perpecahan dalam partinya.

8. Seperti sekarang, apabila PAS berpecah dan PAN ditubuhkan, adakah PAS lemah?  Saya tidak nampak begitu.  Kajian IDE, sebuah badan penyelidikan kerajaan negeri Selangor melaporkan PAN hanya mendapat 1 peratus sokongan rakyat.

9. Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) pula menyatakan sokongan PAN menurun kepada 0.5%.   Sebabnya mudah: rakyat bosan dengan sikap PAN yang tidak konsisten.

10. Jika begitulah senarionya, bagaimana PAS setelah ini?  Apakah PAS akan berkubur setelah tidak lagi bersama PH?

11. Melihat kembali kepada kata-kata Kessler, PAS adalah parti ‘akal’ yang akan terus kekal biarpun pemimpinnya bertukar ganti.  Seperti kata Kessler lagi, yang tewas ialah ‘nafsu.’  Saya semacam tertarik dengan kata-kata ini.

Monday, September 4, 2017

MALAYS NEED TO BE WITH UMNO-BN


Salleh Said Keruak

1. DAP is so desperate to win the 14th General Election, so much so it came up with various political assessments and analysis, including the advantages and disadvantages of Pakatan Harapan (PH) in the event of a three-cornered fight.


2. Now look at my analysis of the DAP's strength. The question is, is DAP strong in a Malay area? Is DAP strong in a mixed area? Is DAP strong in the Chinese dominated area? To answer this, look at the data below.

Year of GE Parliamentary State
1990 20 (57) 45 (87)
1995 9 (50) 11 (103)
1999 10 (47) 11 (89)
2004 12 (44) 15 (106)
2008 28 (47) 73 (102)
2013 38 (51) 93 (103)
* In bracket is the number of seats contested  

3. In the 1990s, UMNO split up then. DAP aligned itself with  the S46, PAS, Berjasa and Hamim, that DAP failed to win a seat in the mixed areas. DAP only won in the Chinese majority areas.



4. In the 1999 general election, UMNO split up again. This time DAP formed an alliance with PAS and Keadilan, but DAP only won a handful of seats in the Chinese-majority areas.

5. But in the 2008 and 2013 general elections, when the DAP got the support of the Malays as a result of cooperation with PAS and PKR, the DAP seats had increased drastically, winning 28 seats (12.61%) and 38 seats (17.1%) respectively out of 222 parliamentary seats at stake.

6. Now, after PAS is no longer in PR, the DAP is restless. DAP is worried that the  party is no longer strong. That is why DAP came up with various propaganda to ensure the Malay voters in PAS remained with DAP in PH.

7. If the Malay voters remain with DAP in the 14th General Election, can DAP take control of this country if it contests only 60 parliamentary seats? Yes if the Malays are disunited? This is because we have a large number of mixed areas, especially in Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan and Melaka. As DAP leaders say, the change of voting patterns, between 10 to 15% of Malay voters is enough for them to capture Putrajaya.

8. It is possible because DAP uses its partners in PH such as PAN, PKR and PPBM to get the support of the Malays. If the Malays support PH, then there are some mixed areas that the DAP and its coalition parties have the potential to win.

9. Therefore, avoid using emotional politics. Think about the future of our country before being attracted to shifting support to PH. Politics of BN makes charitable, inter-racial tolerance, and has proven and succeeded in developing the country. We all have the responsibility for the country.

PERLUNYA MELAYU BERSAMA UMNO-BN


Salleh Said Keruak

1. Berhasrat sungguh DAP untuk menang dalam PRU ke-14.  Berbagai perkiraan dan analisis dibuatnya, termasuklah tentang kelebihan dan kekurangan Pakatan Harapan (PH) sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

2. Sekarang lihat pula analisis saya tentang kekuatan DAP.  Pertanyaannya, kuatkah DAP di kawasan Melayu?  Kuatkah DAP di kawasan campuran? Kuatkah DAP di kawasan majoriti Cina?  Untuk menjawabnya, lihat data di bawah.

Tahun PRU Parlimen DUN
1990 20 (57) 45 (87)
1995 9 (50) 11 (103)
1999 10 (47) 11 (89)
2004 12 (44) 15 (106)
2008 28 (47) 73 (102)
2013 38 (51) 93 (103)
*Dalam kurungan ialah bilangan kerusi yang ditandingi

3. Dalam PRU 1990, UMNO berpecah ketika itu.  DAP berpakat dengan S46, PAS, Berjasa dan Hamim, itu pun DAP gagal memenangi kerusi di kawasan campuran.  DAP hanya menang di kawasan majoriti Cina sahaja.

4. Dalam PRU 1999, UMNO berpecah lagi.  DAP berpakat dengan PAS dan Keadilan, itupun DAP cuma memang di beberapa kawasan majoriti Cina.

5. Tetapi dalam PRU 2008 dan 2013, apabila DAP mendapat sokongan Melayu yang banyak hasil kerjasamanya dengan PAS dan PKR, maka kerusi DAP bertambah drastik dengan memenangi masing-masingnya 28 kerusi (12.61%) dan 38 kerusi (17.1%) daripada 222 kerusi parlimen.

6.  Kini, setelah PAS tidak lagi bersama dalam PR, DAP resah.  DAP risau partinya tidak kuat lagi.  Justeru itulah DAP mengeluar pelbagai propagandanya untuk memastikan pengundi Melayu dalam PAS kekal bersamanya dalam PH.

7. Sekiranya pengundi Melayu bersama DAP dalam PRU ke-14 nanti, bolehkah DAP menguasai negara ini jika sekadar bertanding 60 kerusi parlimen sahaja?  Boleh sekiranya Melayu tidak bersatu.  Ini kerana kita mempunyai kawasan campuran yang banyak, khususnya di Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.  Seperti kata pemimpin DAP, berlakunya peralihan undi 10-15% pengundi Melayu sudah mencukupi bagi mereka untuk menguasai Putrajaya.

8. Boleh kerana DAP menggunakan rakannya dalam PH seperti PAN, PKR dan PPBM untuk mendapatkan undi orang Melayu.  Sekiranya orang Melayu memberi sokongan kepada PH, maka ada beberapa kawasan campuran yang DAP dan parti gabungannya berpotensi untuk menang.

9. Oleh itu, elaklah dari berpolitik menggunakan emosi.  Fikirlah tentang masa depan negara kita sebelum tertarik untuk mengalih sokongan kepada PH. Politik BN membuat jasa budi, bertolak ansur antara kaum, dan telah terbukti berjaya membangunkan negara.Kita semua ada tanggungjawab untuk negara.

Friday, September 1, 2017

SEA GAMES AND MERDEKA DAY :  A DOUBLE JOY FOR MALAYSIA


Salleh Said Keruak

1. On August 30, 2017, I was at the Bukit Jalil Stadium for the closing ceremony of the SEA Games. I was so proud, excited and overwhelmed at the sight of the stadium being filled to the brim with 100,000 people.

2. People of different ages and all walks of life  came together  to celebrate our victory as the 29th SEA Games overall champion.

We not only succeeded our target of  111 gold medals, achieved in the 2001 edition, but we instead surpassed that figure and ammased
a record 145 gold medals out of 404 gold medals at stake (35.9 percent).

3. After the closing ceremony  of the SEA Games, the historic  event continued with the celebration of our 60th independence day.

 When the  PM took to the stage , he was greeted with rousing applause from the audience.

4. The applause and roar became stronger  when the PM announced  September 4 as public holiday as a gift by the government to the people of Malaysia  in conjunction with  three major events -- our landslide  victory at the SEA Games,  Independence day
and Hajj celebration.

5. Interestingly, I noticed  that the majority of those who applauded were young people, showing  their gratitude to the PM for rediscovering our superiority and dominance in sports in this region.

The PM commended Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin as the architect for this success and glory.This  is a symbolic of PM's appreciation, thanking Khairy to extend gratitude to the youngsters who have been with Khairy to create this glory and success for our country.

6. Yesterday morning on August 31, we celebrated independence day. The celebration was truly  remarkable. Peoples from various races and religions thronged  from early morning to celebrate this historic day.


7. From the stage I saw the patriotism among  the people,  appreciating the contribution of the nation's independence fighters. I see the 1Malaysia concept flourished.

8. Today we celebrate Hari Raya Aidil Adha. After the solat Raya, we sacrifice. That makes it three consecutive days of celebration for us Malaysians. Let's make these events as a day for us to rise together and moving forward.

9. Today in the morning , I really feel the essence of Negaraku Sehati Sejiwa.

SUKAN SEA DAN HARI MERDEKA: KEMERIAHAN DAN KEBANGGAAN BERGANDA


Salleh Said Keruak

1. Pada 30 Ogos 2017, saya di Stadium Bukit Jalil sempena majlis penutup Sukan SEA.  Saya bangga, bersemangat dan terharu melihat stadium yang boleh memuatkan 100,000 orang penuh.

2. Rakyat daripada pelbagai peringkat usia dan bangsa datang untuk meraikan kemenangan kita menjadi juara Sukan SEA ke-29.  Sasaran kita adalah 111 pingat emas seperti mana yang pernah kita capai pada tahun 2001, tetapi yang kita peroleh ialah rekod pencapaian 145 pingat emas daripada 404 pingat emas dipertandingkan (35.9 peratus).

3. Setelah penutup Sukan SEA selesai, acara disambung pula dengan majlis menyambut hari kemerdekaan kita yang ke-60.  Semasa PM berucap, sorokan dan tepukan penonton gemuruh sekali.

4. Sorokan menjadi semakin kuat apabila PM mengumumkan cuti umum pada 4 September. Cuti itu adalah hadiah kerajaan kepada rakyat sempena tiga acara besar serentak—kemenangan kita dalam Sukan SEA, hari merdeka dan sambutan Hari Raya Haji.

5. Menariknya, saya perhatikan yang berteriak itu majoritinya anak muda, tanda terima kasih mereka kepada PM kerana mengembalikan kegagahan kita dalam sukan di rantau ini. PM pula membalas penghargaan ini dengan mengatakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin adalah arkitek kejayaan ini.  Itulah simbolik penghargaan PM, mengucapkan terima kasih kepada Khairy untuk mengucapkan terima kasih kepada anak muda yang telah bersama dengan Khairy menciptakan kegemilangan dan kejayaan ini untuk negara kita.

6. Pagi kelmarin, 31 Ogos, kita sambut hari kemerdekaan.  Meriahnya sambutan cukup luar biasa.  Rakyat dari pelbagai kaum dan agama datang sejak awal pagi untuk meraikan hari bersejarah ini.

7. Dari atas pentas saya nampak semangat patriotik rakyat, saya rasa semangat rakyat menghargai  jasa pejuang kemerdekaan negara, saya lihat rakyat menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan penghayatan, saya nampak konsep 1Malaysia kembali subur.

8. Hari ini kita menyambut Hari Raya Aidil Adha.  Selepas solat Raya, kita berkorban.  Jadilah tiga hari berturut-turut kita menyambut hari besar ini sebagai hari untuk kita bangkit bersama dan terus melangkah ke depan.

9. Merenung jauh, pagi ini saya betul-betul merasakan Negaraku Sehati Sejiwa.