Translate

Tuesday, September 19, 2017

PENTINGNYA MEMILIH PARTI YANG KUKUH


Salleh Said Keruak

1. Lees-Marshment dalam bukunya The Political Marketing Game (2011) menyatakan untuk menang dalam pilihan raya, sesebuah parti mesti mempunyai strategi pemasaran politik yang baik.  Satu daripada strategi tersebut ialah  berasaskan kepada pasaran (market oriented party), iaitu parti hendaklah mempunyai satu produk besar yang boleh dipasarkan kepada rakyat.

2. Jika dalam konteks Malaysia, apakah produk tersebut? Tentunya produk itu ialah imej parti, sumbangan parti dan perpaduan parti.  Dalam hal ini, hanya UMNO dan BN mempunyai rekod ini.

3. Lihat sahaja perkembangan yang berlaku dalam PPBM.  Mereka gagal menyatukan ahli mereka untuk kekal bersama parti.  Dua hari lepas bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali ke pangkuan Umno.  Sebelum itu, bekas Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Hasnita Hishamudin, bekas Setiausaha PPBM Kamarul Azman Habibur Rahman, Naib Presidennya Datuk Hamidah Osman dan Ketua Srikandi yang juga antara pengasas PPBM, Ainina Saidin keluar parti.

4. Mereka keluar parti atas alasan berikut: (i) merasakan perjuangan pembangkang adalah sia-sia; (ii) bimbang melihat perpecahan orang Melayu, (iii) parti itu tidak pernah berjuang untuk kepentingan ahli dan rakyat kerana lebih mengutamakan kepentingan peribadi serta kroni, dan (iv) parti itu telah menjadi alat DAP.

5. Contoh di atas menunjukkan parti pembangkang umpama dahan yang rapuh dan tidak mampu menjadi penyelamat kepada rakyat.  Pertanyaannya, bolehkah kita percaya kepada parti sebegini untuk memerintah negara kita?

6. Bill Clinton dalam bukunya Back to Work: Why We Need Smart Government for a Strong Economy (2011) menyatakan kita perlukan kerajaan yang bijak untuk ekonomi yang kuat.  Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang kukuh, bersatu, menjaga kebajikan rakyat, dan yang tidak berpecah belah. Hingga setakat ini, yang ada di Malaysia hanyalah UMNO dan BN.

No comments: