Translate

Friday, October 27, 2017

Alternatif yang tidak realistik


Salleh Said Keruak

Baru-baru ini Pakatan Harapan telah mengeluarkan 'Bajet Alternatif' untuk mendahului Bajet 2018 negara yang akan dibentang hari ini. Bajet Alternatif ini tidak realistik dan mengabaikan ekonomik asas dan prinsip perakaunan.

Peraturan asas perakaunan ialah pendapatan anda mesti sepadan atau melebihi perbelanjaan. Anda tidak boleh mengurangkan pendapatan anda sambil meningkatkan perbelanjaan dan mendapat keuntungan pada masa yang sama. Anda tidak boleh berbelanja lebih daripada apa yang anda perolehi. Negara-negara di Eropah termasuk UK sendiri menghadapi defisit yang besar kerana bajet mereka seperti apa yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan. Adakah mereka tidak belajar apa-apa dari Eropah?

Realitinya ialah 'Bajet Alternatif' merupakan 'wishful thinking' kerana Pakatan tahu mereka tidak perlu menunaikannya kecuali mereka dapat berkuasa. Pakatan hanya mempermainkan harapan dan impian orang dan buktinya ialah bajet yang tidak praktikal ini.

Sebagai parti-parti yang menawarkan diri sebagai kerajaan alternatif, ia amat mengecewakan untuk melihat politik yang tidak bertanggunjawab ini.
Pakatan sepatutnya berhenti permainan sedemikian dan kembali ke realiti.

No comments: