Translate

Wednesday, October 25, 2017

JANGAN HINA NEGARA DENGAN DARUL PENYANGAK


Salleh Said Keruak

1. Dalam tulisan di blognya, Tun Mahathir menamakan Malaysia negara Darul Penyangak.  Alasannya kerana Malaysia diperintah oleh pemimpin yang mencuri duit rakyat melalui projek 1MDB dan juga pelaksanaan cukai GST.

2. Amat tidak wajar Tun Mahathir menggelarkan Malaysia dengan nama seperti itu.  Sebagai bekas PM, gelaran ini tidak patriotik dan di luar dari batas kewarasan berpolitik.  Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri.  Negara ini adalah negara kita bersama. Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya.

3. Sebenarnya Mahathir mengulang hal 1MDB dan GST ini dalam setiap tulisan dan ucapannya semata-mata supaya rakyat membenci PM Najib dan Najib jatuh.  Strategi Mahathir ini adalah seperti menyerang ular, iaitu ketuk kepala ular berulang kali supaya akhirnya ular menjadi lemah dan lumpuh.  Itu sahaja yang Mahathir mahu, iaitu menjatuhkan Najib.  Inilah politik dendam yang tidak baik.

4.  Sebenarnya, PM Najib telah menjelaskan satu persatu dengan fakta mengenai IMDB dan juga menerangkan mengenai rasional pelaksanaan GST.  Mahathir pasti tidak mendengar dan menerima sebarang penjelasan kerana matlamat beliau adalah untuk menjatuhkan PM Najib atas sebab dendam politik, bukannya demi negara.

5. Sebagai bekas PM, Mahathir perlu ingat, menggelarkan Malaysia sebagai Darul Penyangak adalah menghina negara sendiri.

No comments: