Translate

Tuesday, October 17, 2017

PERLUNYA SIKAP TOLAK ANSUR DAN MODERAT: TOLAK EKSTREMISME 


Salleh Said Keruak

1. Ekstremisme adalah sikap melampau yang tidak mengakui pendapat orang lain, menolak tolak ansur, kasar dalam tutur kata, keras dalam penyampaian dakwah, dan mengkufurkan orang lain yang tidak menerima fikiran mereka.

2. Sikap ekstremis begini bukannya Islamik kerana Islam adalah agama yang tidak menyusahkan umatnya, toleran dan moderat.  Namun demikian, ada saja kelompok yang melampau dalam tindakan mereka.

3. Fenomena ini membahayakan kerana memberi peluang kepada musuh-musuh Islam memfitnahkan agama Allah ini sebagai agama teroris. Kumpulan ini tidak minat terlibat dalam politik.  Bagi mereka, politik adalah karut.  Yang penting bagi mereka ialah bangunkan negara Islam mengikut acuan mereka.

4. Oleh itu, kumpulan ekstremis ini perlu kita awasi.  Untuk berjaya mengawasinya, kita perlukan sokongan dan kerjasama rakyat.  Hingga setakat ini kita berjaya.  John Dauth dalam tulisannya di The Telegraph menyatakan Malaysia adalah model negara berjaya dalam menguruskan ancaman kumpulan ini.  Kejayaan ini adalah disebabkan oleh tiga faktor: keupayaan kerajaan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan keharmonian dalam masyarakat, dan sikap rakyatnya yang moderat.

No comments: