Translate

Thursday, December 21, 2017

ADAM50 HADIAH UNTUK GENERASI 50


Salleh Said Keruak

1. Pengumuman kerajaan dalam Bajet 2018 tentang Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) cukup menarik.  Apabila saya berjumpa dengan anak muda, mereka bertanya tentang hal ini.  Bagaimana mahu memohon, bila boleh memohon, dan apa syaratnya?  Untuk jawapan kepada pertanyaan tersebut, layari laman berikut: www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_5faq.php#adam50.

2. Bukan hanya anak muda yang teruja dengan ADAM50, ibu bapa muda dan rakyat seluruhnya juga gembira dengan skim ini.  Bayangkan mulai 1 Januari 2018 ini sehingga tahun 2022, kerajaan akan memberikan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 melalui unit ASB (bagi Bumiputera) dan AS1M (bagi bukan Bumiputera).

3. Dana ini adalah pertama dalam sejarah Malaysia.  Tujuannya adalah adalah untuk menggalakkan anak menabung dan sebagai hadiah kepada generasi TN50.  Oleh sebab itulah, tabungan dalam dana ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.  Dengan adanya dana ini, anak yang lahir boleh terus mendapatkan RM200 asalkan didaftarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran bayi.  Dahulu untuk membuka ASB atau AS1M ini, seseorang bayi perlu sekurang-kurangnya berumur enam bulan.

4. Untuk menjayakan skim ini memerlukan perbelanjan yang besar. Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata anggaran kos keseluruhan ADAM50 selama lima tahun ini adalah RM560 juta dan akan memanfaatkan 2.8 juta bayi Malaysia.  Biarpun kos tinggi, kerajaan melakukannya untuk kesejahteraan rakyat.  Sesungguhnya ADAM50 adalah durian runtuh untuk generasi 2050.

No comments: