Translate

Sunday, January 21, 2018

Dunia dalam krisis


Salleh Said Keruak

AS dan UK adalah contoh demokrasi barat, satu sistem pemerintahan republik manakala yang lain adalah sistem monarki berperlembagaan bentuk Westminster. Bagaimanapun, kedua-duanya mengalami krisis ekonomi dan politik. Kedua-dua pemerintah AS dan UK sedang menghadapi krisis keyakinan dan berusaha untuk kekal relevan.

Pakatan Harapan pula memberitahu rakyat Malaysia bahawa Malaysia juga menghadapi krisis politik dan ekonomi dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan menukar kerajaan atau menggantikan Perdana Menteri. Mereka melakukan ini di AS dan United Kingdom tetapi krisis politik dan ekonomi yang dihadapi mereka tidak berakhir. Malah, ia semakin buruk.

Sebenarnya dunia juga sedang berdepan dengan krisis dan Malaysia adalah ahli komuniti dunia. Jadi apa yang berlaku di bahagian dunia lain juga akan memberikan kesan kepada Malaysia. Ini bermakna penyelesaian bukan dengan mengambil jalan mudah untuk mengubah kerajaan atau Perdana Menteri. Malah Malaysia menghadapi krisis ini dengan lebih baik daripada banyak negara lain. Inilah kebenarannya.

No comments: