Translate

Tuesday, January 30, 2018

JANGAN ROSAKKAN UNDI, MENGUNDI TANGGUNGJAWAB KITA


Salleh Said Keruak

1. Sekarang, timbul kempen supaya kita rosakkan undi. Saya lihat kempen sebegini tidak bertanggungjawab. Ia tidak baik untuk demokrasi dan tidak baik untuk negara. Jika ada yang mahu rosakkan undi, tanya diri, untuk apa rosakkan undi? Sekiranya kita kecewa dengan parti politik, merosakkan undi bukanlah jawapannya. Sekiranya kita keliru, parti manakah yang terbaik untuk dipilih, maka carilah maklumatnya. Kemudahan ICT yang ada pada hari ini menjadikan makumat di hujung jari sahaja. Gunakan kemudahan itu sebaiknya.

2. Maklumat apa yang perlu dicari? Carilah maklumat tentang rekod pemimpin dan parti-parti yang bertanding, tawaran dan agendanya. Pilihlah kepimpinan yang terbukti kestabilannya,yang mengendalikan keharmonian kaum sebaiknya, dan yang mengutamakan isu-isu penting negara seperti keselamatan nasional, terorisme, kemiskinan, pembangunan ekonomi dan lainnya.

3. Jika sudah bersedia, gunalah kuasa memilih sebaiknya dan laksanalah tanggungjawab kepada negara. Hanya dengan kuasa ini, hasrat untuk melihat penambahbaikan dan kemajuan negara dapat dikecapi. Memilih merosakkan undi tidak boleh menyelesaikan perbezaan politik kita. Jadilah pengundi yang bermaklumat dan memilihlah dengan penuh rasa tanggungjawab untuk masa hadapan negara. Inilah masanya untuk berbakti pada negara.

No comments: