Translate

Wednesday, January 17, 2018

Pakatan Harapan adalah Pakatan Wayang


Salleh Said Keruak

Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah tidak wujud. Apa yang wujud hanyalah pakatan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang. Beberapa pemimpin pembangkang adalah Ahli Parlimen manakala Dr Mahathir bukan ahli parlimen.

Pembangkang sekarang  merupakan  mereka yang sama yang mahukan Dr Mahathir ditukar ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Sekarang mereka ini jugalah yang mahukan Dr Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan. Adakah mereka fikir orang ramai akan begitu mudah mempercayai mereka?

Persepsi umum adalah Dr Mahathir mahu menggunakan pembangkang untuk meletakkan anaknya Mukhriz kembali ke landasan politik seterusnya sementara pembangkang yang diketuai oleh DAP pula mahu Dr Mahathir memberikan mereka undi Melayu. Malah, Mukhriz sendiri mengakui adalah menjadi perkara biasa untuk beliau bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Jadi tidak ada Pakatan Harapan sebenarnya. Ia adalah lebih kepada Pakatan Wayang untuk mengelirukan rakyat tentang niat sebenar mereka.

No comments: