Translate

Wednesday, January 10, 2018

Perdana Menteri pun perlu mengikut undang-undang


Salleh Said Keruak

Tun Dr Mahathir Mohamad merungut bahawa beliau tidak dibenarkan melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital hari ini. Dr Mahathir tahu bahawa seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya berjumpa dengan banduan. Terdapat prosedur yang perlu dipatuhi dan Dr Mahathir, sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sepatutnya menjadi orang pertama untuk menunjukkan tauladan yang baik dengan tidak menyalahgunakan kuasanya atau melanggar undang-undang. Jika tidak, beliau hanya akan mengajar rakyat Malaysia bahawa jika anda adalah 'seseorang' maka anda tidak perlu mengikut undang-undang.

Adakah Dr Mahathir mengikut prosedur yang betul? Malah, isteri banduan pun tidak dapat melawat suaminya di penjara jika tidak mengikut prosedur yang betul. Isteri dan peguam banduan perlu terlebih dahulu memohon kelulusan daripada pihak penjara sebelum mereka dibenarkan melawat tahanan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Tidak ada lawatan “ad hoc” atau lawatan mengejut. Malah lawatan yang diluluskan juga tidak boleh melebihi masa yang ditetapkan serta jumlah jam dibenarkan dalam tempoh seminggu.

Adalah kelihatan pelik Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang minat untuk melawat Anwar semasa dipenjarakan sebelum ini. Anwar dipenjarakan dari 1998 sehingga 2004 dan dari tahun 2015 sehingga sekarang. Tetapi Dr Mahathir tidak pernah mahu melawat Anwar di penjara. Pada tahun 1998, Anwar telah dimasukkan ke hospital kerana 'mata lebam’ dan Dr Mahathir tidak memperlihatkan sebarang kebimbangan mahupun mahu melawatnya. Bagaimanapun, sejak Dr Mahathir memerlukan Anwar untuk menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan, tiba-tiba sahaja beliau begitu teruja untuk melawat Anwar di penjara.

No comments: