Translate

Wednesday, January 24, 2018

Perdebatan Coke atau Pepsi


Salleh Said Keruak

Perdebatan Coke atau Pepsi dimulakan oleh aktivis politik yang berpendapat bahawa apa gunanya keluar untuk mengundi jika pilihan itu hanya sama ada Coke atau Pepsi? PPBM menjawab bahawa walaupun Coke berbanding Pepsi, anda masih boleh mengundi Pepsi kerana ia mungkin mempunyai rasa yang lebih baik daripada Coke.

Pakatan seolah-olah terlepas pandang. Apabila seseorang berkata 'Coke versus Pepsi' ia bermakna tidak ada perbezaan di antara kedua-duanya. Dengan kata lain, Pakatan tidak lebih baik daripada Barisan Nasional walaupun mereka cuba menyakinkan sebaliknya.

Pengundi bertanya kenapa perlu mengundi jika kedua-duanya sama? Sekiranya Pakatan hanya merupakan Barisan 2.0 maka adalah lebih baik biarkan Barisan kekal dalam tampuk pemerintahan. Pakatan nampaknya seolah-olah tidak memahami mesej yang dihantar oleh pengundi.

No comments: