Translate

Monday, February 19, 2018

PEMBUNUHAN KARAKTER MEMBUNUH BANGSA 


Salleh Said Keruak

1. Di zaman akhir Empayar Rom, para puteranya sering berbunuhan kerana berebut kekaisaran. Di era Mughal, Maharaja Aurangzeb memenjarakan bapanya sendiri sehingga mangkat demi mengekalkan kekuasaan. Politik moden juga menyaksikan gejala yang sama. Presiden AS John F. Kennedy, PM Pakistan Benazir Bhutto, PM India Indira dan Rajiv Ghandi, Presiden Filipina Benigno Aquino, dan pemimpin kemerdekaan Burma Aung San merupakan sebahagian daripada senarai panjang pembunuhan politik di serata dunia.

2. Jika dahulu pembunuh upahan memainkan peranan, kini “mercenary blogger” pula yang berperanan. Mercenary blogger ini bukan membunuh orangnya, tetapi membunuh “peribadi” musuh politiknya.  Di Malaysia, pembunuhan karekter ini sudah menjadi permainan politik yang cukup menjelekkan.

3. Terkini, PM DS Najib Razak pula yang terkena dengan permainan politik kotor ini. Karekter peribadinya yang elegan dibunuh tanpa takut dosa pahala. Hal ini dilakukan semata-mata kerana mahu mengaibkan peribadi DS Najib supaya beliau tewas kepada tekanan dan mengundurkan diri dalam politik.

4. Menariknya, biarpun diserang dengan pelbagai tohmahan, DS Najib tetap santun dan berhemah dalam mempertahankan diri dari serangan musuh politiknya. Ini kerana beliau meyakini pembunuhan karakter ini boleh melenyapkan kebenaran, menjahanamkan demokrasi dan secara perlahan membunuh bangsa. Oleh sebab itulah, dalam kita menegakkan bangsa ini, kita perlu berdebat dalam kerangka demokrasi dengan memfokuskan kepada idea dan polisi, bukannya menjatuhkan pihak lawan dengan menelanjangkan aib peribadi mereka. Sesungguhnya, DS Najib telah menunjukkan keperibadian yang terpuji dengan menolak politik pembunuhan karekter kerana beliau menyedari pembunuhan karekter boleh membunuh tamadun bangsa.

No comments: