Translate

Tuesday, April 10, 2018

MENGUNDI HARI RABU: PENENTUAN TARIKH PILIHAN RAYA ADALAH KUASA SPR


Salleh Said Keruak

1. SPR telah memilih 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon dan 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi PRU-14. Namun, nampaknya ada suara-suara sumbang yang memprotes tarikh tersebut. Mereka mempersoalkan mengapa SPR memilih hari mengundi pada hari bekerja (Rabu) kerana kononnya boleh menimbulkan masalah kepada pengundi yang ingin pulang ke kampung untuk membuang undi. Mereka mendakwa tarikh ini sengaja dipilih SPR kerana mahukan peratusan keluar mengundi yang rendah untuk memberi kelebihan kepada Umno.

2.Saya ingin tegaskan bahawa ini bukanlah kali pertama pengundian diadakan pada hari bekerja. Jika kita lihat pada PRU pada tahun 1995 dan 1999, hari pengundian juga diadakan pada hari bekerja. Ini kerana yang pihak yang  berkuasa menentukan tarikh pilihan raya adalah iaitu SPR. Ia merupakan sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

3. Hari pengundian bukanlah isu utama kerana banyak kelonggaran diberikan pada hari mengundi samada penjawat awam dan pekerja swasta. Justeru, saya amat berharap supaya kempen PRU 2018 ini akan berjalan secara berhemah. Janganlah terlalu cepat mengkritik dan menabur fitnah kononnya kerajaan BN mahukan peratusan rakyat keluar mengundi yang rendah. Kita merupakan sebuah kerajaan yang telus dan semestinya peratusan keluar mengundi meningkat. Pastinya sasaran peratusan mengundi perlulah melebihi daripada purata 85% seperti yang berlaku pada PRU 2013. Ini adalah semangat kita.

4. Justeru, marilah kita sama-sama keluar mengundi dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Semoganya PRU 2018 berjalan dengan lancar dan rakyat yang layak mengundi dapat menjalani proses demokrasi untuk masa depan negara kita.

No comments: