Translate

Sunday, April 1, 2018

PARADOKS POLITIK MAHATHIR: KE MANA MALAYSIA MAHU DIBAWANYA?


Salleh Said Keruak

1. Kelmarin tular video pendek berdurasi 3.33 saat bertajuk “Pada Sesuatu Ketika.” Video ini menunjukkan Tun Mahathir yang dahulunya bersikap autokratik dan percaya kepada “strong government” untuk melindungi kedudukan orang Melayu, kini telah berubah menunjukkan imej kononnya bersikap demokratik, dan bersekongkol dengan DAP yang dimusuhinya selama ini.

2. Dengan sikap politiknya yang paradoks ini, ke manakah sebenarnya Tun Mahathir mahu membawa Malaysia ini?  Jika ke arah negara demokratik, apakah tidak demokratik lagi sikap politik DS Najib yang menghapuskan ISA dan meminda AUKU? Jika untuk mewujudkan bangsa Malaysia, apakah tidak lengkap lagi pemerintahan DS Najib yang bersifat inklusif, merakyat, dan menghargai kepelbagaian? Jika untuk menentang ketirisan dan kelemahan tadbir urus kerajaan BN, tidak ingatkah Tun Mahathir bahawa yang tiris sebenarnya ialah skandal BMF RM2.5 billion dan skandal forex RM30 bilion yang terjadi di zaman pemerintahannya? Inilah ironisnya politik Tun Mahathir ini, iaitu beliau menciptakan paradoksnya sendiri.

3. Mengapa Tun Mahathir bersikap begini? Para pemerhati politik telah memberikan tiga sebab. Pertama, Tun mempunyai “superiority complex”, suatu sikap yang tidak boleh menerima kelebihan orang lain.  Kedua, Tun kecewa dengan sikap barisan pemimpin tinggi UMNO yang tidak menyokong anaknya untuk menang dalam pemilihan Naib Presiden. Ketiga, beliau tidak berpuas hati dengan beberapa polisi DS Najib yang dilihatnya cuba menghapuskan legasinya.

4. Jika beginilah alasan Tun Mahathir untuk menentang DS Najib dan keluar dari parti yang diketuainya selama 22 tahun, pertanyaannya ke manakah Tun Mahathir mahu membawa politik Malaysia ini? Kuatnya paradoks politik Tun.

No comments: