Translate

Thursday, April 5, 2018

Tsunami Melayu' dan logo PKR


Salleh Said Keruak

Rafizi Ramli berkata kajian Invoke telah mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mencetuskan 'Tsunami Melayu'.
"Sekiranya anda bertanya kepada saya apakah akan terjadi tsunami disebabkan oleh PPBM dan Dr Mahathir, saya katakan tidak, itu tidak akan berlaku. Saya memberitahu perkara ini setiap hari kepada Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin dan pemimpin parti mereka dan mereka menerimanya, "kata Rafizi.

Pemimpin Pakatan Harapan dan beberapa penganalisis politik telah mengatakan bahawa 'Tsunami Cina' yang bermula pada tahun 2008 telah memuncak pada tahun 2013. Ini bermakna Pakatan lebih kurang sudahpun memaksimumkan asas sokongan cina dan jika mereka mahu menang lebih daripada 80 kerusi parlimen tanpa bantuan PAS, maka ia harus berlatarbelakangkan 'Tsunami Melayu'.

Dan itu sepatutnya menjadi peranan Mahathir dan PPBM, dan ini yang dikatakan Rafizi sebagai gagal berlaku. Dan tanpa 'Tsunami Melayu' ini, pencapaian Pakatan Harapan mungkin lebih buruk daripada pada pilihan raya umum 2013, apatah lagi memenangi 120 kerusi Parlimen yang mereka sasarkan.

Dan sebab itulah Pakatan Harapan mungkin menggunakan logo PKR sebagai logo Pakatan Harapan. DAP berkata ia tidak menggunakan logonya sendiri dalam PRU14 manakala logo PAN mungkin menyebabkan pengundi Cina menjauhkan diri kerana imej Islamnya. Jadi yang tinggal hanyalah logo PKR. Penggunaan logo PKR sebagai logo bersama adalah strategi mereka untuk *memperdayakan* orang Melayu untuk mempercayai bahawa Pakatan menjadi lebih Melayu.

No comments: