Translate

Sunday, May 20, 2018

Petanda kematangan


Salleh Said Keruak

Mereka mengatakan sangat sukar untuk menerima sesuatu kekalahan atau kegagalan. Malah lebih sukar lagi untuk menguruskan kemenangan atau kejayaan. Dalam kekalahan atau kegagalan, anda berusaha untuk memperbaiki diri supaya dapat menjadi lebih baik. Dalam kemenangan atau kejayaan, anda  berdepan dengan risiko membenarkan diri anda alpa dengan kejayaan itu.

Barisan Nasional buat kali pertama mengalami kekalahan. Itulah yang berlaku dalam politik di mana kemenangan dan kekalahan merupakan sebahagian daripada adat pertandingan. Jadi Barisan mesti belajar bagaimana menerima kekalahanya secara terhormat. Itu akan menunjukkan kematangannya.

Untuk pemenang pula, mereka perlu belajar supaya bermurah hati dalam sesuatu kemenangan. Kebebasan dan keadilan awam (Civil Liberties) bukan hanya mengenai perlunya ada perbicaraan yang adil di mahkamah tetapi juga cara bagaimana seseorang itu diperlakukan sebelum beliau diadili dan didapati bersalah. Pelanggaran terbesar kebebasan awam (Civil Liberties) adalah menafikan hak seseorang itu untuk dilayan dengan bermaruah.

No comments: