Translate

Wednesday, June 13, 2018

UMNO Sabah bersama UMNO Pusat, hormati keputusan Empat parti Sarawak tinggalkan BN


Salleh Said Keruak

UMNO Sabah menghormati keputusan Parti-Parti Sarawak untuk keluar dari BN atas alasan-alasan yang dinyatakan. Kita ucapkan selamat berjuang .

Di Sabah, masih ramai ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti yang masih setia dengan perjuangan UMNO. Mereka telah bekerja keras untuk memenangkan calun calun BN semasa PRU 14. Kita tidak akan meninggalkan UMNO Malaysia hanya kerana kegagalan membentuk Kerajaan. Setiakawan mesti kita pelihara. Kita harus terus memperkukuhkan parti sebagai pilihan alternatif kepada rakyat. Apa pun tindakan yang diambil semestinya melalui muafakat antara kita. Tindakan tergopoh-gopoh akan merugikan kita.

Ketika ini kita tumpukan untuk menentukan proses pemilihan kepimpinan parti yang berlangsung pada 30 Jun akan berjalan lancar.

Berbeza pendirian politik bukannya satu kesalahan dan tidak semestinya bermusuh. Kita amalkan politik matang demi Negara dan Rakyat Malaysia tercinta.

Salleh Said Keruak
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah

No comments: